Persatuan peniaga bimbang sistem keselamatan di Darvel Bay Plaza

LocalBusiness & Finance
2 Aug 2025 • 10:57 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Persatuan Masyarakat Peniaga Darvel Bay Plaza menyuarakan kebimbangan susulan insiden kebakaran sebuah kenderaan di kawasan tempat letak kereta pusat beli-belah terbabit pada 27 Julai lalu.

Difahamkan, ketika kejadian sistem pemercik air (sprinkler) dilaporkan tidak berfungsi dan menurut beberapa orang awam yang berada di lokasi, api yang marak sukar dikawal ekoran ketiadaan tindak balas automatik daripada sistem keselamatan kebakaran bangunan itu. Pengerusi persatuan Chua Tze Chuan bersama Setiausaha Lim Pek Kee berkata mereka memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan awam.

“Kami menuntut siasatan serta tindakan segera daripada pihak pengurusan plaza.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kami tidak akan bertolak ansur dengan kegagalan sistem keselamatan ini kerana ia boleh merisikokan nyawa dan keselamatan orang awam termasuk peniaga dan pelanggan,” katanya. Mereka juga menggesa pihak Plaza menyediakan laporan terperinci berhubung kegagalan sistem keselamatan ini.

“Kami menggesa pihak Plaza untuk mengambil langkah sewajarnya termasuk menyediakan pelan tindakan bagi memastikan keselamatan premis ini.

“Keselamatan orang ramai termasuk peniaga dan pelanggan harus diutamakan. Kami juga ingin tahu apakah langkah-langkah pembaikan yang sedang atau akan diambil untuk mengelakkan perkara ini berulang,” tambah mereka.

View Original Article