Persediaan awal penting hadapi El Nino: Jamawi

LocalEnvironment
20 Jul 2026 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Persediaan awal penting hadapi El Nino: Jamawi

Tenom: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (Maffi) mengambil langkah persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan fenomena El Nino yang dijangka berlarutan sehingga November depan.

Menterinya  Datuk Jamawi Jaafar berkata tempoh cuaca panas dan kering yang berpanjangan sehingga kira-kira empat bulan itu berpotensi memberi kesan kepada sektor pertanian, penternakan, perikanan serta industri makanan sekiranya langkah persediaan tidak dilakukan lebih awal.

Beliau berkata kementerian telah mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan bagi memastikan petani, penternak dan nelayan mengambil tindakan sewajarnya dalam menghadapi keadaan tersebut.

“Antara langkah yang disarankan termasuk tidak membuka kawasan baharu secara besar-besaran serta menyediakan kolam takungan air kecil di kawasan kebun sebagai sumber bekalan air ketika musim kering.

“Kita juga memberi kesedaran kepada petani, penternak dan nelayan bahawa fenomena El Nino yang mungkin berpanjangan sekali gus boleh memberi kesan langsung kepada sektor pertanian, perikanan, industri makanan dan penternakan.

“Dengan persediaan awal, kita berharap impak yang bakal berlaku dapat dikurangkan,” katanya selepas merasmikan Program Jelajah Kebun Dapur peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Melalap di Dewan OKK Datuk Sanggau Jalang, Melalap pada sabtu.

Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap berkata pendekatan persediaan awal penting bagi memastikan pengeluaran makanan serta sumber pendapatan golongan pengusaha sektor agromakanan terus terpelihara.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved