Perselisihan faham punca penjual mercun berparang di Sungai Ara

LocalPolitics
1 Apr 2025 • 2:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan berselerak selepas berlaku pergaduhan antara penjual bunga api pada Isnin.

BAYAN LEPAS – Perselisihan faham antara dua penjual mercun di Sungai Ara dipercayai menjadi punca pergaduhan dua kumpulan bersenjatakan parang dalam kejadian pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata pihaknya menahan 10 lelaki terlibat dalam rusuhan berlaku kira-kira jam 10.15 malam.

Menurutnya, semua suspek berusia antara 15 hingga 41 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Hasil siasatan mendapati, punca kejadian disebabkan perselisihan tapak penjualan mercun antara dua premis di lokasi tersebut.

"Polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh singkat susulan tangkapan semua suspek terlibat," katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Selasa.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai pergaduhan bersenjata melibatkan dua kumpulan di pekan Sungai Ara.

Mengulas mengenai perkara itu, Sazalee menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved