Perselisihan Faham Punca Pertengkaran Antara Penghantar Makanan & Dua Warga Singapura

22 Jun 2023 • 12:14 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perselisihan Faham Punca Pertengkaran Antara Penghantar Makanan & Dua Warga Singapura

JOHOR BAHRU — Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan pertengkaram melibatkan seorang penghantar makanan dan dua lelaki warga asing berpunca daripada perselisihan faham.

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 16 Jun lalu sekitar jam 8.37 malam di stesen minyak Caltex Sunway Box, Iskandar Puteri, Johor.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata satu laporan telah dibuat berhubung kejadian itu.

Pertengkaran Dua Lelaki & Penghantar Makanan

“Pada 21 Jun 2023, lebih kurang jam 8.20 pagi, terkesan satu video berdurasi 1 minit 50 saat di Twitter memaparkan pertelingkahan melibatkan sekumpulan individu di lokasi berkenaan,” jelasnya.

Tambah Rahmat, pengadu seorang lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ketika itu mendakwa hendak mengisi minyak di stesen minyak berkenaan.

Walau bagaimanapun, sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura dinaiki dua lelaki warga asing telah berhenti untuk mengisi minyak di pam yang sama.

“Pengadu ke pam untuk mengisi minyak tetapi melihat warga asing tersebut memegang tong di pam yang sama.

“Berlaku selisih faham di antara kedua-dua pihak. Namun pertengkaran tersebut berjaya dileraikan oleh polis bantuan Sunway yang turut berada di situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pergaduhan Di Batu Pahat

Terdahulu, pihak polis telah menahan 11 lelaki tempatan susulan tular insiden pergaduhan di sebuah inap desa, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kejadian itu membabitkan seorang penghantar makanan dan beberapa individu lain.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, seramai 11 individu telah ditahan berumur lingkungan 17 hingga 62 tahun.

“Pada jam 2.30 petang pada Isnin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan menyatakan berlaku pergaduhan antara pengadu dan ahli keluarganya dengan seorang lelaki penghantar makanan di sebuah rumah inap desa di Sri Gading, Batu Pahat.

“Dalam kejadian ini, penghantar makanan tersebut turut membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

“Susulan laporan ini, polis menahan 11 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 17 sehingga 62 tahun,” katanya.