Persembahan artis meriahkan Festira23 di Kompleks PKNS Shah Alam esok

8 Apr 2023 • 6:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 APRIL: Penampilan penyanyi Ayu Damit dan Andy Bernade bakal memeriahkan Festival Ramadan Selangor 2023 (Festira23) di Kompleks PKNS Shah Alam, esok.

Selain persembahan artis berkenaan, acara yang bermula jam 2 petang hingga 7 malam itu juga diisi dengan program tazkirah kerohanian.

Turut diadakan ialah persembahan pemuzik jalanan (buskers) serta penampilan pelakon dan selebriti media sosial Ryan Bakery.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) Fakru Radzi Ab Ghani sebelum ini berkata 2.5 juta pengunjung dijangka hadir ke festival yang bermula 5 Mac hingga 21 April.

Menurut beliau Festira23 menerima permintaan tinggi dengan penyertaan kira-kira 1,000 usahawan berbanding 700 pada tahun lalu.

Festira23 dengan tema ‘Festira-Ya!’ bakal berlangsung selama 48 hari di Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, dan di SACC Mall.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved