Persembahan artis popular di program PKNS Bangi hujung minggu ini

26 Jul 2023 • 8:26 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 JULAI: Peminat Tomok, Mus May dan Shiha Zikir berpeluang menyaksikan persembahan artis itu pada program Discovery Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Cyber Valley pada Sabtu ini.

Pengurus Komunikasi Korporatnya berkata program di pekarangan Kompleks PKNS Bangi bermula pukul 9 pagi hingga 11 malam Sabtu dan bersambung pada 7 pagi hingga 6 petang Ahad.

“Selain persembahan artis, orang ramai turut berpeluang melihat pameran dan pertunjukan ‘super car’ yang menampilkan 17 kenderaan antaranya McLaren 570s, Audi R8 dan Mustang.

“Kita turut mengadakan pameran hartanah dan konsultasi percuma berkaitan pinjaman perumahan untuk pengunjung yang berminat,” kata Muhammad Sobree Zainal Abidin ketika dihubungi.

Pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa motosikal Yamaha LC V8, telefon pintar, televisyen dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut berkaitan hartanah PKNS dan program boleh hubungi bahagian jualan di talian 03-5525 0300/0187 atau WhatsApp (010-928 0187) atau lawan sesawang http://www.pkns.gov.my

image is not available

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved