Persembahan tarian traditional murid-murid SK Taman Uda, Alor Setar menyerikan Majlis Santapan Malam Amal 30 Tahun YSB

20 Nov 2026 • 6:00 PM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Persembahan tarian traditional murid-murid SK Taman Uda, Alor Setar menyerikan Majlis Santapan Malam Amal 30 Tahun YSB
Dr. Zul amat menghargai penggiat seni traditional mmembesar dalam ekosistem digital yang pantas, menuntut pendekatan baharu agar tarian traditiuda. Foto: Zarina 

Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) merupakan sebuah yayasan amal yang berpengkalan di Alor Setar, Kedah. Yayasan ini ditubuhkan dengan komitmen yang tinggi terhadap kebajikan masyarakat, pendidikan, kesihatan, dan pembangunan belia melalui pelbagai program kedermawanan serta impak sosial di seluruh negeri Kedah. Majlis Santapan Malam Amal YSB adalah acara pengumpulan dana utama yang diadakan secara berkala bagi menyokong pelbagai program kebajikan, kesihatan, pendidikan, dan komuniti yayasan ini. Sempena sambutan Jubli Mutiara (30 tahun) penubuhan YSB, majlis santapan amal yang dianjurkan telah mencatatkan beberapa pencapaian penting: (1) Kutpan Dana berjaya menampung program-program kebajikan dan sosial YSB; (2) Majlis tersebut turut menjadi platform rasmi bagi melancarkan Logo Jubli Mutiara 30 Tahun YSB; (3) Sumbangan malam tersebut, termasuk penyerahan sebuah bas dan mesin Optical Coherence Tomography.

Image from: Persembahan tarian traditional murid-murid SK Taman Uda, Alor Setar menyerikan Majlis Santapan Malam Amal 30 Tahun YSB
Ketulenan vs. Komersialis: Dr. Zul menyatakan kepada rakan-rakan semeja di Majlis Santapan Malam Amal bahawa “Keseimbangan perlu dijaga agar elemen inovasi moden tidak melenyapkan falsafah, tertib, & identiti asal sesuatu tarian etnik.” Foto: Johan

Acara berprestij ini dihadiri oleh keberangkatan kerabat diraja, mencerminkan sokongan berterusan terhadap inisiatif kemasyarakatan YSB. Disamping persembahan artis-artis profesional dan orkes PDRM, majlis santapan telah diserikan dengan persembahan istimewa oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Uda, Alor Setar. Penglibatan murid-murid berbakat dari sekolah rendah ini telah menonjolkan beberapa elemen bermakna dalam majlis amal berkenaan: (1) Seri Kebudayaan: Murid-murid dapat mempersembahkan tarian kebudayaan & tradisional yang mencerminkan warisan seni tempatan Kedah, sekali gus menghibur para tetamu diraja yang hadir; (2) Pembangunan Bakat Generasi Muda: Penyertaan ini selari dengan salah satu teras utama YSB untuk turut memperkasakan pendidikan dan pembangunan bakat kanak-kanak melalui aktibiti kokurikulum dan kesenian: (3) Keterlibatan Komuniti Setempat dalam memperkukuh hubungan erat dengan YSB.

Image from: Persembahan tarian traditional murid-murid SK Taman Uda, Alor Setar menyerikan Majlis Santapan Malam Amal 30 Tahun YSB
Generasi muda membesar dalam ekosistem digital yang pantas, menuntut pendekatan baharu agar tarian tradisional kekal relevan. Dr. Zul & kelurga (dari kiri-kanan) Faiz, Fayyadh, Ilyan, Hajah Zarina, Jann, dan Ilfi. Foto: YSB

Saya berpendapat masa depan tarian tradisional di Malaysia bergantung pada keupayaannya beradaptasi sebagai seni yang hidup & dinamik, bukan sekadar persembahan nostalgia di atas pentas rasmi. Penglibatan awal generasi muda di peringkat sekolah rendah seperti murid-murid SK Taman Uda, Alor Setar - menjadi kunci utama kelastarian warisan ini di tengah-tengah arus globalisasi & hiburan digital. Untuk terus bertahan, tarian tradisional perlu bergerak seiring dengan pembangunan ekonomi kreatif moden dan diperkasakan dengan pelancongan kesenian dan kebudayaan.


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved