Persiapan akhir kembali ke sekolah, keluarga meriah membeli-belah

LocalFamily & Parenting
10 Jan 2026 • 10:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Ibu bapa tidak melepaskan peluang membawa anak-anak ke pasar raya dan kedai pakaian bagi melengkapkan segala persiapan menjelang pembukaan sesi persekolahan 2026.

Cuti hujung minggu ini menjadi kesempatan terakhir sebelum sesi akademik bermula esok bagi negeri Kumpulan A, diikuti Kumpulan B sehari selepas itu.

Di sebalik kesibukan membeli barangan sekolah, jurufoto MEDIA SELANGOR merakam detik-detik kecil yang penuh makna, menangkap senyuman, gelak tawa dan semangat yang terpancar dalam setiap langkah keluarga di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

image is not available
Norhafizah Norul Alzahar,38, bersama anaknya Muhammad Ariff Dzikry,12, mencuba baju sekolah di Kedai Pakaian Uniform Pelangi, Bangi pada 30 Disember 2025.

image is not available
Penerima sumbangan Program Mydin Jelajah Generasi Pintar memilih kasut sekolah di Mydin Subang Jaya pada 23 Disember 2025.

image is not available
K Bivethan Kularja, 11, ditemani ibunya membeli buku dan bahan rujukan sebagai persediaan kembali ke sesi persekolahan 2026 di Pustaka Rakyat, Seksyen 7, Shah Alam pada 4 Januari 2026.

image is not available
Pelajar sekolah memilih baju sebagai persiapan pembukaan sesi persekolahan di Pusat Pakaian Hari-Hari Kuala Lumpur pada 4 Januari 2026.

image is not available
Suri rumah Shazwani Samsudin, 33, dan Hakimi Darus, 43, memilih kasut untuk kegunaan anaknya sebagai persiapan sesi persekolahan 2026 di Mydin Subang Jaya pada 29 Disember 2025.

image is not available
Orang ramai membeli barangan persekolahan ketika tinjauan Media Selangor di Kedai Pakaian Uniform Pelangi, Bangi pada 30 Disember 2025.

image is not available
Ibu dan anak memilih baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Kuala Lumpur pada 4 Januari 2026.

image is not available
Luqman Hadif, 12, memilih buku sambil ditemani bapanya sebagai persediaan kembali ke sesi persekolahan 2026 di Pustaka Rakyat, Seksyen 7, Shah Alam pada 4 Januari 2026.

image is not available
Pesara Guru, Mohd Yazid Abdul Rahman, 62, memilih beg sekolah ketika tinjauan persiapan kelengkapan sekolah di Mydin Subang Jaya pada 29 Disember 2025.