Persidangan sayap UMNO medan perkuatkan parti

Politics
8 Oct 2022 • 10:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ismail Sabri.- Foto Bernama.

KUALA LUMPUR - Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang bersidang selama tiga hari bermula hari ini (Sabtu) diingatkan supaya menjadikan persidangan itu sebagai medan untuk memperkuatkan lagi parti.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara merupakan perjuangan utama UMNO.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, parti itu adalah harapan bangsa yang sentiasa menabur khidmat dan bakti kepada seluruh Keluarga Malaysia.

"Selamat bersidang kepada semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di seluruh negara. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati perjuangan dan usaha kita semua,” kata Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook rasmi beliau hari ini. - Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved