Persidangan Tahunan DAP 2023 cipta sejarah, pelawa pemimpin BN

Politics
10 Sep 2023 • 10:46 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUTRAJAYA - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecah tradisi apabila menjadi Presiden Umno pertama menghadiri Persidangan Tahunan DAP di sebuah hotel di sini, pagi ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Perdana Menteri itu, tiba pada kira-kira jam 9.25 pagi, sebelum menerima tepukan gemuruh ribuan perwakilan.

Hadir sama, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta beberapa wakil daripada parti di bawah Kerajaan Perpaduan.

Ia turut dihadiri Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Program dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan ucapan dasar yang disampaikan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Acara itu turut mencipta sejarah tersendiri apabila parti terbabit buat pertama kali, menjemput rakan sekutunya daripada BN, iaitu UMNO dan MCA.

Media sebelum ini melaporkan, Setiausaha Organisasi DAP, Steven Sim Chee Keong berkata, selain BN, jemputan bagi menghadiri persidangan itu dihantar kepada semua parti di dalam Kerajaan Perpaduan. - 10 September, 2023.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved