Persidangan Ulama Sedunia dijadualkan pada 7 dan 8 Mei - Fahmi

LocalPolitics
17 Apr 2024 • 6:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fahmi bercakap kepada pemberita semasa sidang media Kerajaan Perpaduan di Kementerian Komunikasi pada Rabu. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Muslim World League dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menganjurkan Persidangan Ulama Sedunia di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diluluskan oleh Jemaah Menteri selepas menerima memorandum daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

"Kerajaan memberikan sokongan kepada penganjuran persidangan itu dengan harapan ia akan berupaya untuk mengumpulkan sejumlah ulama bagi membincangkan perkara-perkara terkini termasuk tentang sikap extremisme yang berlaku dalam dunia Islam hari ini,” katanya kepada media pada Rabu.

Persidangan Ulama Sedunia kali ini merupakan kali kedua dianjurkan selepas kali pertama diadakan pada Julai 2022 di Subang Jaya, Selangor yang melibatkan 20 negara, dengan menekankan konsep kesatuan, keadilan dan keharmonian antara pemimpin Islam dan masyarakat serta membawa mesej penyatuan ummah. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28