
Persis Adegan Filem Seram, Rakaman Wanita & Anak ‘Diheret’ Bekas Suami Mahu Rujuk Semula Tular
CHINA – Tular sebuah rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki menyerang bekas isteri dan anaknya di luar rumah mereka pada 6 Julai lalu, lapor The Sun.
Rakaman yang telah dikongsi di laman sosial Twitter itu memaparkan seorang wanita dan anaknya hendak memasuki rumah sebaik pulang dari luar.

Ketika mereka berdiri di luar rumah sambil membuka pintu, tiba-tiba seorang lelaki berkot merah berlari menuruni tangga dan dengan ganas mengheret masuk wanita dan kanak-kanak itu.
Setelah itu, pintu dihempas kuat dan hanya jeritan yang kedengaran dari dalam rumah.

Polis wilayah Shandong berkata, suspek telah berjaya ditahan selepas mangsa melaporkan insiden terbabit kepada pihak polis.
Difahamkan bahawa, kejadian itu berpunca disebabkan pasangan tersebut memuktamadkan prosiding perceraiannya mereka sebulan lebih awal.
Polis mendakwa suspek telah menyelinap masuk ke dalam bangunan di mana bekas isteri dan anak perempuannya menetap lalu bersembunyi di sebalik tangga sambil menunggu kepulangan mereka.
“Selepas mengheret wanita dan anak perempuannya itu ke dalam rumah, dia telah memohon supaya mangsa mengahwininya semula.
“Kira-kira jam 10 malam, suspek telah bertindak merogol mangsa ketika anak perempuannya sedang tidur sebelum melarikan diri.

“Wanita dan anak perempuannya dilapor selamat. Suspek telah ditahan dan kes tersebut masih dalam siasatan,” ujar polis Laiyang.
Rakaman serangan itu telah ditonton hampir 500 juta sekaligus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Orang awam turut memberikan komen terhadap rakaman yang dikongsikan itu.
“Bagai filem seram, namun malangnya ia adalah nyata.”
Menurut pihak polis negara itu, ramai wanita di China telah mengalami serangan yang ganas dalam beberapa minggu ini.
Antaranya, di wilayah Hebei, tiga orang wanita telah dipukul teruk hanya gara-gara menolak ajakan seks.
Beratus-ratus juta komen berkata ia menunjukkan jenis penderaan yang kerap dilakukan kepada wanita dalam masyarakat seksis China.
Sumber: The Sun
The post Persis Adegan Filem Seram, Rakaman Wanita & Anak ‘Diheret’ Bekas Suami Mahu Rujuk Semula Tular appeared first on Siakap Keli.

