Persis Longan, Kenali Buah Isau Buah Tropikal Asli Daripada Sarawak

23 Nov 2023 • 5:09 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Persis longan dan mata kucing

Persis Longan, Kenali Buah Isau Buah Tropikal Asli Daripada Sarawak. Isau atau longan hijau adalah jenis buah tropikal yang asli dari Sarawak. Pokok Isau selalunya dijumpai di sepanjang Sungai Rejang dan beberapa cabang anak sungai yang berselirat di bahagian Sibu dan Kapit.

image is not available
Persis Longan, Kenali Buah Isau Buah Tropikal Asli Daripada Sarawak. Sumber: Borneo Oracle

Ketinggian pokok isau apabila mula matang boleh mencapai sekitar 10 meter tinggi. Bentuk buahnya adalah bulat dengan permukaan kulit yang berketuat dan kasar.

Rasa lebih sedap berbanding longan import

Selain daripada bentuk dan warna luarannya yang berbeza dengan buah longan diimport dari Thailand kerana sebelum masak buahnya akan berwarna hijau dan kekuningan.

image is not available
Sumber: Bumi Iban

Dari segi rasa buah isau turut berbeza kerana isinya agak tebal serta rasanya mempunyai sedikit rasa rempah dan lebih sedap berbanding longan yang diimport.

Banyak khasiat dan boleh dijadikan minuman

Menurut sejarahnya sebelum buah isau menjadi antara buahan tropikal yang ditanam secara komersial, buah isau ini terlebih dahulu diketahui khasiat dan kelazatannya oleh penduduk pribumi Sarawak.

image is not available

Dek kerana itulah buah isau juga turut pernah menjadi sebahagian daripada pokok yang ditanam dekat dengan kawasan penempatan mereka seperti di rumah panjang dan sebagainya.

Selain daripada isau menjadi buah yang dimakan terus isinya apabila masak, isau juga turut dijadikan antara kandungan di dalam minuman warga tempatan seperti air isau atau air mata kucing.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/menyerupai-cempedak-nangka-dan-sukun-ketahui-buah-terap-yang-boleh-didapati-di-pulau-borneo/

https://www.iloveborneo.my/persis-longan-dengan-rasa-durian-ketahui-buah-kristal-kesukaan-warga-sarawak/

View Original Article