Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming akhirnya merungkai persoalan netizen berhubung dengan status halal produk yang dimilikinya.
Menurut Khairul Aming, untuk mendapatkan sijil halal tersebut memerlukan beberapa proses.
Antaranya, langkah pertama yang diperlukan mereka perlu mendapatkan sijil Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) terlebih dahulu bagi memastikan kilang tersebut selamat dan bersih, serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Step by step. First dapatkan MeSTI cert untuk pastikan kilang bersih dan selamat approved by KKM. yang ni makan masa 2 tahun lebih sebab kita buat kilang dari scratch. bukan sehari dua nak siapkan kilang sebab nak setup flow, purchase mesin, renovation, expansion etc. but… https://t.co/eQ9o33ef6y pic.twitter.com/zIJMJb6Nhe
“Step by step. First dapatkan MeSTI cert untuk pastikan kilang bersih dan selamat approved by KKM. Yang ini makan masa dua tahun lebih sebab kita buat kilang dari scratch. Bukan sehari dua nak siapkan kilang, sebab nak setup flow, purchase mesin, renovation, expansion etc.
“But Alhamdulillah KKM banyak bagi guidance selama dua tahun lebih ini dan kita baru sahaja dapat MeSTI certification on 31 Jan 2024, dua hari sebelum Dendeng Nyet dilancarkan,” katanya.
Selepas mendapat sijil daripada MeSTI katanya, langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan status halal dan diikuti dengan Good Manufacturing Services (GMP) dan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP).

“Then we go for Halal, followed by GMP and HACCP so that we can target for export. Itu flow yang kita dah consult semua pihak untuk pastikan semua proses berjalan lancar.
“Will keep you guys posted on the progress,” tulisnya.
Terdahulu, netizen mempersoalkan status bagi produk keluaran Khairul Aming yang didakwa masih lagi tidak memiliki status halal walaupun kedua-dua produknya sudah laris di pasaran.
Sumber: Khairul Aming
The post Persoalan netizen terjawab, Khairul Aming jelaskan banyak proses dilalui sebelum dapatkan sijil halal appeared first on The Reporter.

