Pertabalan Agong: Keanggunan Puteri Sultan Brunei curi perhatian ramai

23 Jul 2024 • 12:00 PM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Kehadiran Puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, pada Majlis Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara baru-baru ini jelas mencuri tumpuan ramai.

Berjaya memukau perhatian setiap pasang maat yang melihat, sosok anggun puteri raja ini tampil menggayakan baju kurung moden berwarna kelabu lembut saat melangkah penuh sopan diiringi kerabat diraja Brunei memasuki Balairung Seri. Tidak dinafikan, she’s definitely a princess! Pada saat itu, segala perhatian tertumpu pada Puteri Ameerah yang jelas memancarkan keanggunan seorang puteri diraja.

Bagi anda yang turut mengagumi gaya Puteri Brunei ini, mari kita telusuri lebih dalam gaya tata rias Puteri Ameerah dari hujung rambut hingga hujung kaki, yang menjadi inspirasi kecantikan sempurna pada majlis bersejarah ini.

Gaya keanggunan Puteri Ameerah jadi perhatian ramai

image is not available
Kredit: IG ameeraahbolkiahh

Busana

Pada hari istiadat yang bersejarah itu, Puteri Ameerah mengenakan baju kurung moden berwarna kelabu lembut rekaan pereka terkenal, Bernard Chandran, yang jelas menambah seri kepada penampilannya. Baju kurung moden ini direka dengan perincian halus dan elegan, sesuai dengan status diraja beliau. Potongan baju kurung yang kemas dan moden ini turut memperlihatkan gaya fesyen yang tradisional tetapi tetap kontemporari, menyerlahkan lagi kecantikan semulajadi Puteri Ameerah.

Gaya Solekan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Najeeb Azami (@najeebazami)

Gaya tata rias puteri bongsu Sultan Brunei di majlis tersebut turut mencuri perhatian ramai. Solekan yang dilakukan oleh Najeeb Azmi, menonjolkan kecantikan semulajadinya dengan pilihan solekan yang sederhana tetapi elegan. Wajahnya diserikan dengan solekan neutral yang menggunakan palet warna lembut seperti peach dan nude.

Tudung dan Aksesori

image is not available
Kredit: IG erlmyra

Puteri Ameerah memilih tudung berwarna kelabu yang sepadan dengan baju kurungnya, digayakan dengan penuh kemas dan rapi oleh hijabstylist terkenal, Erl Myra. Dipuji ramai, gaya tudung tersebut dikatakan menambahkan lagi keanggunan penampilannya.

Rakyat Malaysia turut teruja dengan kedatangan Puteri Brunei

Sehari sebelum majlis besar ini, penampilan Puteri Ameerah dalam kurung moden serba coklat turut menjadi sorotan ketika rombongan keluarga diraja Brunei disambut mesra oleh keluarga diraja Johor selepas tiba di Malaysia. Sambutan hangat itu menunjukkan hubungan erat antara kedua-dua keluarga diraja ini, mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan yang sedia terjalin.

Puteri Ameerah, yang dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 28 Januari 2008, adalah anak ke-12 Sultan Brunei dan anak bongsu baginda dengan bekas isteri, Azrinaz. Azrinaz mendirikan rumah tangga dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada 20 Ogos 2005 dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Puteri Ameerah, 16, dan abangnya, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 18. Namun, Azrinaz dan Sultan Brunei berpisah pada 2010.

Majlis istiadat pertabalan ini tidak hanya memperlihatkan kebesaran dan kemuliaan adat istiadat diraja Malaysia, tetapi juga menjadi pentas yang menyaksikan keanggunan dan kemuliaan Puteri Brunei ini   yang semakin hari, semakin memikat hati rakyat Malaysia dan Brunei.


(Kredit gambar Hero dan Featured: Instagram/ @najeebazami & MalaysiaGazette) 

The information in this article is accurate as of the date of publication.
View Original Article