
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah supaya kerajaan mengambil tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan, bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terus kekal terpelihara.
Seri Paduka Baginda bertitah, hak dan kedaulatan negara perlu dipertahankan walaupun hanya melibatkan seketul batu karang di tengah lautan.
"Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terus kekal terpelihara, walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan,” titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15, hari ini.
AKAN MENYUSUL

