
IDLIB: Sukarelawan Pertahanan Awam Syria, White Helmets melaporkan roket yang sarat dengan bom berkelompok menghujani kem pelarian di wilayah Idlib pada Ahad.
Tiga kanak-kanak dan seorang wanita menjadi antara mangsa yang maut, tambah organisasi itu.
Malah, turut dilaporkan, bayi kepada Hussein Bakir, salah seorang sukarelawan mereka turut terkorban.
Tears and heartbreak on this horrific and tragic day after the bombing of a camp in #Syria today by regime & Russian forces. We bid farewell to Azzam, the child of volunteer Hussein Bakir. Azzam’s mother was unable to say goodbye to her child while she was wounded in the hospital pic.twitter.com/zKS6jk4LFL
— The White Helmets (@SyriaCivilDef) November 6, 2022
Menurut laporan media BBC, seorang pegawai tentera Rusia menjelaskan, fokus pesawat pejuang Syria adalah untuk menyerang kemudahan dron dan kem latihan kumpulan jihad.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata ia kesan selepas serangan ini amat membimbangkan dan mendukacitakan.

Kira-kira 4.1 juta pelarian Syria sedang bergantung kepada bantuan kemanusiaan, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terperangkap di kubu terakhir kumpulan jihad serta puak pemberontak yang di dukung Turki yang menentang Presiden Bashar al-Assad, selepas 11 tahun perang saudara yang telah mengorbankan lebih 500 ribu nyawa.
Rantau itu kerap menyaksikan pertempuran bersenjata, serangan udara dan tembakan walaupun gencatan senjata diusahakan oleh Rusia dan Turki pada 2020 untuk menghentikan serangan kerajaan.
PBB telah mendokumentasikan kematian sekurang-kurangnya 121 orang awam yang menjadi mangsa perang saudara di sana sejak awal tahun ini.
A statement from The #WhiteHelmets on the Assad regime and Russia’s massacre on IDP camps in Idlib today with internationally prohibited weapons
Read it here: https://t.co/vEvAFWhLry pic.twitter.com/6eNZ7hG6QH
— The White Helmets (@SyriaCivilDef) November 6, 2022

MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG
www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987
The post Pertahanan Awam tuduh regim Syria & sekutunya Rusia dalang serangan ke atas kem di Idlib first appeared on UMMAHToday | Sumber Berita Mutakhir Ummah.
