Pertahankan diri, Shamsul Iskandar letak jawatan sebagai Setiausaha Politik PM Anwar

LocalPolitics
25 Nov 2025 • 5:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin meletakkan jawatannya hari ini selepas memaklumkan wujud percubaan pihak tertentu untuk menyerangnya dengan isu yang didakwa mampu menjejaskan imej Kerajaan Madani.

Surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

image is not available

Shamsul Iskandar letak jawatan

Dalam satu perkongsian di X, Shamsul menjelaskan keputusan berkenaan dibuat bagi melindungi dirinya daripada serangan yang disifatkan boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap pentadbiran negara.

image is not available

“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.
“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,”ciapnya menerusi sebuah hantaran di platform X sebentar tadi.

image is not available

Shamsul turut merakamkan penghargaan atas peluang yang diberikan kepadanya sepanjang berkhidmat dalam pentadbiran Perdana Menteri.

Sumber: X shamsuliskandar