Pertama Di Dunia, Meta Cipta Sistem AI Untuk Terjemah Bahasa Secara Lisan

Technology
20 Oct 2022 • 10:42 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pertama Di Dunia, Meta Cipta Sistem AI Untuk Terjemah Bahasa Secara Lisan

Sebagai langkah untuk memperkasakan lagi penterjemahan, Meta telah mencipta sistem baharu yang boleh menterjemah bahasa secara lisan melalui Meta AI.

Memetik laman web Meta, sistem tersebut merupakan penterjemah lisan (ucapan) pertama yang berfungsi untuk menterjemah bahasa tidak bertulis.

Perkara itu turut dimaklumkan oleh pengasasnya, Mark Zuckerberg, dalam satu kenyataan di Facebook.

“Meta AI membina penterjemah lisan pertama yang berfungsi untuk bahasa yang kebiasaannya lebih banyak ditutur berbanding ditulis. Kami memberikan kemudahan ini supaya orang ramai boleh menggunakannya untuk lebih banyak bahasa,” katanya.

image is not available
Gambar: Facebook Mark Zuckerberg

Sistem itu dicipta kerana sebelum ini penterjemah AI hanya tertumpu kepada bahasa bertulis.

Bagaimanapun, hampir 3,500 bahasa yang dituturkan tidak mempunyai sistem penulisan yang digunakan secara meluas.

Perkara itu agak mustahil untuk dilaksanakan berikutan untuk membina sesebuah alat terjemahan perlu menggunakan ‘teknik standard’ (bahasa buku teks untuk melatih mode AI).

Bagi mengatasi masalah tersebut, Meta telah membina sistem pertama itu yang dikuasakan oleh AI yang tidak berlandaskan bentuk bertulis standard.

Sistem tersebut dipercayai telah berjaya menterjemahkan bahasa Hokkien.

Tambahan lagi, bahasa itu juga antara bahasa lisan yang digunakan secara meluas dalam rumpun Cina.

image is not available
Gambar: Meta

Kaedah itu juga adalah sebahagian daripada projek Penterjemah Pertuturan Universal yang sedang membangunkan kaedah AI baharu bagi membolehkan terjemahan secara lisan merentasi bahasa.

“Kami percaya komunikasi melalui bercakap dapat menyatukan orang di mana sahaja mereka berada walaupun dalam metaverse,” maklum kenyataan itu.

Pendekatan Model Terbaharu

Seperti yang diketahui, kebanyakan sistem terjemahan bahasa bergantung kepada transkripsi. Namun, bercakap (bahasa lisan) tidak mempunyai bentuk sistem yang standard, menghasilkan teks yang ditranskripsi berikutan output terjemahan tidak berfungsi (lisan-teks).

Susulan itu, sistem itu telah menumpukan penterjemahan secara lisan kepada lisan.

Antara kaedah yang diusahakan dalam sistem ini seperti menggunakan terjemahan secara lisan kepada unit bagi menterjemah input kepada urutan bunyi (akustik) supaya menjana bentuk gelombang daripadanya (lenggok) atau bergantung daripada teks bahasa misalnya Bahasa Mandarin.

image is not available
Gambar: Meta

Sehingga kini, terjemahan dalam bahasa Hokkien masih dalam proses dan hanya mampu menterjemah satu ayat penuh dalam satu-satu masa.

Menjelang masa hadapan, Meta berharap sistem ini mampu dikembangkan kepada banyak bahasa bertulis dan juga tidak bertulis.

“Kami berharap dapat mengembangkan penyelidikan dan membawa teknologi ini kepada lebih ramai orang pada masa hadapan,” maklum kenyataan itu.

Untuk makluman, kajian AI membantu merungkai kesukaran bahasa dalam dunia fizikal dan metaverse bagi menggalakkan hubungan dan persefahaman bersama.

View Original Article