Pertama Di Malaysia, Borneo Cultures Museum Anjur Pameran Bulan Jarak Dekat Mulai Hari Ini

17 Jun 2023 • 7:26 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Borneo Cultures Museum memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat bulan dengan lebih dekat

Pertama Di Malaysia, Borneo Cultures Museum Anjur Pameran Bulan Jarak Dekat Mulai Hari Ini. Jabatan Muzium Sarawak telah menganjurkan Pameran Museum of The Moon yang bertempat di Borneo Cultures Museum, Kuching Sarawak.

Penganjuran pameran ini merupakan yang julung kali diadakan di Malaysia dan akan berlangsung bermula dari 17 Jun sehingga 5 Ogos 2023.

image is not available
Pertama Di Malaysia, Borneo Cultures Museum Anjur Pameran Bulan Jarak Dekat Mulai Hari Ini

Pameran ini merupakan jelajah karya seni oleh artis United Kingdom iaitu, Mr Luke Jerram.

Sepanjang penganjuran pameran ini, Museum of The Moon telah dipersembahkan dalam beberapa kaedah yang berbeza samada secara dalaman (indoor) ataupun luaran (outdoor).

Selain memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat bulan dengan lebih dekat, objektif penganjuran pameran ini juga bertujuan memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan pelajar sekolah tentang bulan.

image is not available

image is not available

Lihat video di bawah:

Jom ajak keluarga dan kawan-kawan korang menyaksikan pameran yang pertama di Malaysia ni

Berukuran tujuh meter diameter, ianya menampilkan imej dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) yang terperinci mengenai permukaan bulan.

Pada anggaran skala 1:500,000 bagi setiap sentimeter, replika bulan ini dinyalakan menggunakan lampu dalaman pada permukaan sfera mengikut gambaran terperinci oleh agensi NASA yang mewakili 5 km permukaan bulan.

image is not available

Berikut adalah senarai harga masuk Borneo Cultures Museum:

image is not available

Jelajah karya Museum of the Moon ini adalah jelajah pertama Mr Luke Jerram ke Malaysia dan yang kedua di Asia Tenggara.

Tarikh: 17 Jun – 5 Ogos 2023
Waktu beroperasi: Isnin-Jumaat : 9:30AM – 4:30PM // Weekends & Cuti Umum : 9:30AM – 4:30PM

Lagi event menarik di Sarawak yang bakal menanti anda pada tahun ini, lihat pautan di bawah:

View Original Article