Pertama Di Malaysia, Jalan ‘Glow In The Dark’ Inovasi Baharu JKR Hulu Langat

16 Nov 2023 • 2:32 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, tular foto memaparkan sebuah jalan raya di Semenyih, Selangor yang menggunakan cat bercahaya dalam gelap bagi garis putih atas jalan tersebut.

Foto dikongsi di group Facebook ASEAN World 24 – Southeast Asia Network itu ternyata benar apabila Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut melakukan tinjauan di lokasi tersebut.

Menerusi muat naik Muhd Azran Malek di group tersebut, dia berkata cat bercahaya dalam gelap itu merupakan yang pertama di Malaysia.

Jalan ‘glow in the dark’ inovasi baharu JKR Hulu Langat

image is not available

Cat bercahaya hijau dalam gelap itu telah digunakan di Jalan Sungai Lalang B19 dan Jalan Sungai Tekali B16 yang sudah tentu menarik perhatian penduduk setempat.

image is not available

Menerusi satu perkongsian di Facebook Bernama pula, konsep yang digunakan adalah garisan di jalan raya akan kelihatan normal pada waktu siang namun bercahaya pada waktu malam.

Difahamkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat mengambil inisiatif itu bagi memastikan pengguna jalan raya memandu dengan lebih selamat.

Malah, ia sangat membantu terutamanya bagi pengguna jalan raya yang tidak biasa memandu melalui kawasan baharu pada waktu malam.

Tambah Muhd Azran, cat tersebut mempunyai campuran serbuk pencerah yang dicas dibawah matahari dan mampu memancarkan cahaya hijau sehingga 10 jam pada waktu malam.

Pada masa yang sama, jalan ‘glow in the dark’ ini ialah inovasi baharu JKR Hulu Langat dan juga merupakan cubaan projek rintis mereka ke dalam kejuruteraan jalan.