Pertama Di Malaysia: JomCharge Perkenal Program Pengecasan DC EV Luar Waktu Puncak

LocalCars
18 Dec 2025 • 5:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pertama Di Malaysia: JomCharge Perkenal Program Pengecasan DC EV Luar Waktu Puncak

JomCharge, rangkaian pengecas EV terkemuka di Malaysia, dengan bangganya memperkenalkan JomCharge Night Saver, program pengecasan EV waktu luar puncak pertama di Malaysia yang direka untuk membantu pengguna EV menjimatkan kos semasa mengecas kenderaan mereka pada waktu malam.

image is not available

Bermula 20 Disember 2025, pemilik EV yang mengecas kenderaan mereka antara jam 12 pagi hingga 7 pagi di semua pengecas DC JomCharge di seluruh Malaysia akan menikmati diskaun 15% daripada kadar pengecasan biasa.

image is not available

Sempena pelancaran ini, JomCharge menawarkan diskaun istimewa 50% pada waktu luar puncak untuk 20 dan 21 Disember 2025. Ahli JomCharge Elite juga layak menikmati tambahan diskaun 10% di atas kadar promosi ini.

Diskaun ini automatik melalui aplikasi JomCharge, memudahkan pemilik EV untuk memanfaatkan penjimatan waktu luar puncak tanpa perlu kod promosi atau pengaktifan manual.

image is not available

“Ia direka untuk menjadikan pemilikan EV lebih bijak dan menjimatkan kos. Dengan memberi insentif untuk pengecasan luar puncak, kami bukan sahaja membantu pengguna menjimatkan wang, tetapi juga menyumbang kepada pengurusan tenaga yang lebih baik di seluruh negara. Inisiatif ini sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong Malaysia yang lebih hijau dan lestari,” kata Ir. Lee Yuen How, Pengarah Urusan EV Connection.

Program JomCharge Night Saver:

  • Diskaun 15% untuk semua pengecas DC JomCharge di seluruh negara antara jam 12AM – 7AM
  • Promosi Hari Pelancaran: Diskaun 50% di lokasi pengecas DC terpilih pada 20 dan 21 Disember 2025
  • Keistimewaan JomCharge Elite: Tambahan 10% diskaun ke atas kadar Night Saver dan Hari Pelancaran

 

Lokasi pengecas terpilih untuk promosi 50% Hari Pelancaran boleh dirujuk di sini.

image is not available image is not available

The post Pertama Di Malaysia: JomCharge Perkenal Program Pengecasan DC EV Luar Waktu Puncak appeared first on Siakap Keli.