Pertama Di Malaysia, Surau R&R Seremban Dibenarkan Laksana Solat Jumaat

LocalPolitics
3 Jul 2025 • 1:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Surau MADANI di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban Lebuh Raya Utara Selatan arah selantan telah mencipta sejarah apabila dibenarkan mendirikan solat Jumaat selepas mendapat kelulusan Mufti Negeri Sembilan.

Memetik laporan Berita Harian, ia sekali gus menjadi surau R&R pertama di mana-mana lebuh raya di negara ini dibolehkan berbuat demikian sejak sekian lama. Surau lelaki itu boleh memuatkan 150 jemaah dalam satu-satu masa.

Pengisytiharan kelulusan untuk mendirikan solat Jumaat telah diumumkan secara rasmi oleh Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin.

image is not available

Menurut Faudzinaim, selain pekerja di kawasan R&R tersebut, pengguna lebuh raya yang menuju ke arah selatan kini juga boleh singgah dan menggunakan kemudahan yang disediakan, termasuk menunaikan solat Jumaat.

Mengulas lanjut tentang keperluan mengadakan solat Jumaat di surau R&R Seremban, Faudzinaim menjelaskan bahawa ia adalah kewajipan bagi semua pekerja beragama Islam yang bertugas di kawasan tersebut.

Saya tanya di mana mereka bersolat jumaat. Antara jawapan diberikan adalah sebahagian mereka tidak pergi solat Jumaat kerana tidak sempat, sebab jauh untuk pergi dan balik.

 

Kita lihat ada keperluan, ada hajat yang perlu dipenuhi bagi golongan pekerja di sini. Jadi, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan berasakan ada keperluan memberikan solat Jumaat secara sementara di kawasan ini.

image is not available

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata objektif utama insiatif pelaksanaan solat Jumaat di R&R Seremban dalah untuk menyediakan kemudahan beribadah kepada komuniti pemaustatin yang bekerja di situ serta penduduk sekitar Labu dan Seremban selain pengguna jalan raya.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 weeks ago

"Adakah Ni Rutin Korang.." - Gadis Luah Rasa Bimbang Ramai Kaum Lelaki 'Queue' Beli Air Manis Depan Masjid Lepas Solat Jumaat