Pertama Di Sarawak, Nikmati Kopi Dan Pastri Di Shell Café Miri

21 May 2024 • 2:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Persekitaran kopi menjadi lebih menarik dengan pembukaan Shell Café, yang pertama di Sarawak

Pertama Di Sarawak, Nikmati Kopi Dan Pastri Di Shell Café Miri. Pembukaan Shell Café yang pertama di Sarawak, terletak di aras bawah One Shell Square Miri (OSSM), di tengah-tengah Miri Times Square, kafe ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang mencari tempat yang tenang untuk berehat sambil menikmati kopi dan pastri.

“Shell Café memandang serius kopinya. Pasukan barista mahir di sini berdedikasi untuk menghasilkan kesempurnaan dalam setiap cawan,” kata Shell Malaysia menurut sumber.

image is not available
Sumber foto: Borneo Post. Pertama Di Sarawak, Nikmati Kopi Dan Pastri Di Shell Café Miri

Malah, Shell Café turut menampilkan pastrinya

Shell Café juga mempunyai menu yang menampilkan pastri seperti sosej gourmet dan coklat gulung (chocolate rolls). Jangan lepaskan peluang mencuba sosej goreng baharu dengan pelbagai topping dan digabungkan dengan roti hangat.

“Semua pastri dibakar dan dihidang segar setiap hari. Jika anda perlukan makanan tengah hari, nasi lemak, pasta dan pelbagai mangkuk nasi (rice bowls) turut disediakan.

Bahagian Shell Café turut menjual makanan ringan seperti gula-gula, kacang dan kerepek

“Kami juga berbangga untuk kongsikan bahawa anda boleh membeli Temtem Tempe Kerepek yang dihasilkan oleh pemenang program keusahawanan Shell LiveWire,” kata Shell Malaysia.

Promosi sah sehingga 3 Jun 2024, Shell Cafe akan dibuka 7am sehingga 7pm pada hari bekerja

Untuk meraikan pembukaan, Shell Cafe membuat promosi ‘Beli 1 Percuma 1 Kopi’. Promosi ini sah sehingga 3 Jun 2024.

Kafe itu juga mempunyai promosi ‘Pasangan Sempurna’ yang membolehkan pelanggan membeli dua pastri pada harga RM10 atau Americano dan Karipap combo pada harga RM12. Pada masa yang sama, merchandise Shell Cafe juga akan tersedia untuk dibeli.

Tempat pengecasan, Shell Recharge turut disediakan

Di samping itu, tiga tempat pengecasan Shell Recharge terletak secara strategik hanya bertentangan dengan Shell Café, menawarkan pemandu kereta EV pengecasan yang lancar sambil menikmati kopi atau hidangan yang sedap.

Shell Cafe dibuka pada hari bekerja, dari jam 7 pagi hingga 7 malam setiap hari.