Pertama kali berlaku sejak sekian lama: Pekan Sipitang dilanda banjir

27 Mar 2023 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Sebahagian kawasan pekan Sipitang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan, pada Sabtu.

Hujan yang turun sejak jam 7 petang hingga 10 malam mengakibatkan banjir kilat di pekan Sipitang yang disifatkan baru pertama kali berlaku sejak sekian lama.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah kawasan berhampiran padang Majlis Daerah Sipitang (MDS), Lorong Bunga Raya dan Lorong Cempaka.

Simpang masuk ke Kg Muhibah juga ditenggelami air dan sebuah rumah konkrit yang baru dibina di simpang itu turut dimasuki air.

Sementara itu, bekalan elektrik terputus di Kampung Muhibah, Mesapol dan Kampung Melalia kira-kira jam 9 malam pada hari sama akibat kayu tumbang di kawasan Tunggul Tinggi.

Bekalan elektrik hanya dapat dipulihkan kira-kira jam 11.50 malam manakala tinjauan Harian Ekspres di pekan Sipitang pada jam 12 tengah malam mendapati air telah surut sepenuhnya di kawasan pekan.

Tinjauan juga mendapati air banjir sehingga paras lutut melanda Taman Muhibbah. Turut terjejas adalah Kg Lukutan dan Kg Bukit Setia.

Sementara itu, seorang penduduk Adnan Suhut berkata banjir bermula dari Bestamart, padang futsal dan persekitaran pejabat perpustakaan hingga ke perhentian bas.

Dia mendakwa banjir berpunca dari sistem peparitan atau longkang yang tidak sempurna sehingga menyebabkan air melimpah.

“Seingat saya sebelum ini pekan ini tidak pernah dilanda banjir. Oleh itu, saya menggesa Majlis Daerah agar mencari punca banjir dan sama ada ia berpunca

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Calvin Joe Jaefrey ketika dihubungi berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berkaitan banjir kilat tersebut.

“Bagaimanapun, kami tetap dalam keadaan bersiap siaga membantu mangsa yang terjejas banjir jika kami diperlukan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.