Pertama Kali Dipandu Uji, Orang Ramai Teruja Lihat Trem ART Di Sarawak

25 Aug 2023 • 9:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Orang ramai termasuk semenanjung dan Sabah teruja melihat trem ART baharu di Sarawak

Pertama Kali Dipandu Uji, Orang Ramai Teruja Lihat Trem ART Di Sarawak. Premier Sarawak, Abang Johari Openg mengumumkan pada awal bulan Ogos bahawa Trem Pintar Autonomous Rapid Transit (ART) telah tiba di Sarawak dari China ke Pelabuhan Senari.

Memetik sumber, satu ujian telah dilakukan pada Rabu di Kuching Isthmus untuk mengenal pasti sebarang isu sebelum prototaip trem tiga gerabak berkuasa hidrogen bernama ‘Bulan’ digunakan di Kota Samarahan.

image is not available
Sumber: tiktok

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merakam pandu uji ART tersebut

Susulan itu, orang ramai memanfaatkan peluang untuk merakam dan menangkap gambar pengangkutan awam baharu itu semasa ujian dilaksanakan.

Manakala, menjengah ke ruangan komen pula, orang ramai termasuk warganet di semenanjung dan Sabah gembira trem itu akan menambahbaik struktur pengangkutan awam di Sarawak pada masa hadapan.

Berharap ada LRT, MRT dan Monorel di masa hadapan untuk kurangkan kesesakan lalu lintas

Sementara itu, orang ramai turut berharap kerajaan Sarawak akan mempelbagaikan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, dan Monorel seperti yang ada di sekitar Lembah Klang.

image is not available
Sumber: tiktok

image is not available
Sumber: tiktok

image is not available
Sumber: tiktok

Untuk makluman, trem ART tiga gerabak berkuasa hidrogen ini akan digunakan dalam projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) bernilai RM6 bilion untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Kuching dan Samarahan.

Baca juga artikel yang berkaitan: