Pertama kali puasa tanpa ibu, Zarina Zainuddin sediakan sahur makanan Jepun buat Sky

LocalEntertainment
2 Mar 2025 • 12:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pertama kali berpuasa tanpa ibu, pelakon Zarina Zainuddin sediakan sahur makanan Jepun buat anak usahawan, Ridzuan Ridzokumura iaitu Sky Taizo Okumura.

Menerusi sepotong video yang dikongsi, nampak Zarina menyediakan beberapa jenis juadah sahur Sushi khas untuk Sky dan buah seperti tembikai serta mangga. Sky yang berbaju merah pula dilihat cuba menikmati sahur yang telah disediakan.

image is not available

Zarina memberitahu dia telah membeli Sushi untuk Sky pada malam berikutnya dan meminta maaf kerana tidak mampu masak makanan Jepun seperti ibu Sky iaitu Akiko Okumura.

Mana tidaknya, Akiko bukan sekadar seorang ibu penyayang, tetapi juga seorang cef berbakat yang menjadi idola ramai wanita. Hidangan sahurnya yang kreatif dan penuh kasih sayang setiap tahun menjadi sebutan, terutama anak tunggalnya.

image is not available

image is not available

Kehilangan Akiko bukan sahaja meninggalkan kekosongan besar buat Ridzuan dan Sky, malah mereka yang selama ini menjadikan dirinya sebagai sumber inspirasi dalam menyediakan juadah sahur.

Zarina Zainuddin sediakan sahur makanan Jepun buat Sky

Kini, Zarina yang juga anak saudara kepada Ridzokumura, tampil menggalas tanggungjawab berat ini.

“Assalamualaikum selamat berpuasa semua. Pertama kali bersahur bersama Sky dan pakcik saya. Semoga Allah permudahkan perjalanan Ramadan buat mereka tanpa Akiko di sisi.
“Saya belikan Sushi untuk awak malam semalam tapi kedai sudah hampir tutup,” katanya yang turut mempelawa nasi buatnya.

Dalam suasana penuh kasih sayang, Sky dan bapanya difahamkan bermalam di kediaman Zarina, memberikan mereka ruang untuk merasai kehangatan keluarga di bulan penuh keberkatan ini.

Sebak, moga Sky kuat!

Rata-rata warganet termasuk selebriti meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar Sky terus kuat meneruskan kehidupan setelah kehilangan ibu tercinta.

image is not available image is not available image is not availableimage is not available image is not available

Pada hari Jumaat, Ridzuan mengumumkan pemergian isterinya, namun punca kematian tidak didedahkan.

Jenazah Akiko telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor, pada hari Sabtu.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko, seorang wanita asal Jepun, pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura, yang kini berusia 13 tahun.

Sumber: IG Zarina Zainuddin