Pertandingan e-sukan Mobile Legends di jelajah bantuan rakyat Ahad ini

16 Jun 2022 • 10:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 16 JUN: Pertandingan e-sukan `Mobile Legend Bang Bang’ akan diadakan pada Ahad ini, sempena program Jelajah Selangor Penyayang 2022.

Kejohanan julung kali anjuran Penggerak Belia Selangor (PeBS) itu berlangsung dari 9 pagi hingga 5 petang di Padang MPAJ Taman Kosas, Ampang.

Pendaftaran dibuka percuma kepada semua individu sehingga esok menerusi pautan tinyurl.com/JISP22MLBB atau hubungi talian 018-2094517 untuk sebarang pertanyaan.

Pelbagai aktiviti menarik lain disediakan khusus untuk Jelajah Selangor Penyayang 2022 dari jam 8 pagi hingga 6 petang antaranya gerai jualan, kendera saji dan pameran.

Jelajah tersebut yang membuka tirai di daerah berkenaan bertujuan mempromosi pelbagai inisiatif kebajikan rakyat dengan penyertaan 23 anak syarikat Kerajaan Negeri.

Pelaksanaan Iltizam Selangor Penyayang membabitkan peruntukan RM350 juta ini menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

Jelajah itu turut dijadual diadakan di Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved