Pertandingan Filem Pendek China-Sabah terima pujian

13 Jun 2023 • 1:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Filem Pendek China-Sabah ke-5 yang diadakan di Kompleks Beli-belah Centre Point berakhir Ahad lalu dengan pujian daripada Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Huang Shifang.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu dengan kerjasama Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA).

“Sejak hubungan diplomatik dijalin 49 tahun lalu, China dan Malaysia telah melakar banyak kisah menyentuh hati tentang saling membantu antara satu sama lain. Ini menunjukkan jalan ke hadapan bagi China dan Malaysia,” katanya.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 pewujudan perkongsian strategik komprehensif China-Malaysia, dan tahun depan menandakan ulang tahun ke-50 pewujudan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more Beliau berkata kedua-dua negara akan mengadakan pertukaran rakyat kepada rakyat dan kebudayaan yang lebih rapat dan mendalam, dan Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu akan terus menyediakan lebih banyak kemudahan dan sokongan untuk pertukaran dan kerjasama China-Malaysia dan China-Sabah dalam pelbagai bidang.

Beliau juga berkata terdapat sejarah panjang perdagangan dan pertukaran rakyat dengan rakyat antara China dan Sabah.

“Selama hampir 1,000 tahun, terdapat porselin sangat cantik yang dipelihara dan tenggelam di laut, kisah cinta menyentuh perasaan yang diwariskan, dan semangat yang berakar di negara asing tetapi berpegang kepada kebudayaan Cina,” katanya.

Beliau melahirkan harapan bahawa melalui penganjuran Pertandingan Filem Pendek China-Sabah, melalui kisah-kisah menyentuh hati ini, persahabatan tradisi antara penduduk China dan Sabah dapat diterokai.

Beliau juga menyatakan bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan penyertaan telah meningkat saban tahun, dan kualiti filem juga telah meningkat dengan ketara.

“Pertandingan tahun ini turut menambah kategori TikTok yang mendapat sambutan positif daripada golongan muda. Saya amat gembira melihat pertandingan itu berkembang menjadi jenama acara kebudayaan dengan pengaruh tempatan. Rakyat Sabah telah membuka saluran baharu dan platform untuk memahami China.

Beliau berkata filem adalah seni cahaya dan bayang, cermin realiti dan penyampai budaya, serta memainkan peranan penting dalam menggalakkan pertukaran dan pembelajaran bersama antara tamadun.

“Walaupun anda tidak mahir dalam penerbitan filem, tidak apa, TikTok masih boleh menjadi pentas untuk anda mempamerkan kreativiti dan kemahiran anda.

Saya harap semua orang akan bekerja keras untuk menjadi penggerak aktif persahabatan China-Malaysia dan yang paling penting. pencerita paling mengujakan dalam pertandingan China-Sabah ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi KKJA Jimmy Goh berkata ini adalah tahun kelima berturut-turut Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu menaja acara itu dan ia mencerminkan betapa mereka menghargai persahabatan antara China dan Sabah.

Katanya, acara itu juga telah memberi peluang kepada masyarakat setempat menunjukkan bakat mereka.

Beliau melahirkan rasa terima kasih kepada Konsul Jeneral China di Kota KInabalu kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada KKJA dan memberi peluang kepada persatuan itu menganjurkan pertandingan kali kelima itu.

Beliau berkata, pertandingan kali ini merangkumi kategori TikTok yang menerima 79 penyertaan, manakala kategori filem pendek mendapat 49 penyertaan.

Antara tetamu yang hadir ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Vivien Lee, Presiden Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu Chester Pang, dan pengarah Katak Chua Soon Min.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.