Pertandingan foto antara menarik program Hari Bertemu Pelanggan PADAT

22 Aug 2023 • 2:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 22 OGOS: Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) mempelawa orang ramai menghadiri program Hari Bertemu Pelanggan, pada 2 September ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, pelbagai acara disediakan dalam program diadakan di Muzium Sejarah Kuala Selangor itu termasuk pertandingan fotografi, pameran dan jualan buku.

Jelas agensi itu, program yang bermula jam 10 pagi hingga 4 petang diadakan bagi memaklumkan fungsi dan tawaran perkhidmatan yang disediakan PADAT kepada masyarakat.

“Antara perkhidmatan yang disediakan adalah permohonan lawatan berpandu, permohonan persembahan kebudayaan, penggambaran, serta penyelidikan,” katanya.

PADAT yang sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Muzium Selangor merupakan organisasi yang memberi tumpuan kepada aktiviti pameran, penyelidikan, penerbitan dan pengumpulan koleksi sejak 1975.

PADAT dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan berfungsi khusus untuk membangun, memelihara dan menyebar luas adat Melayu dan warisan negeri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved