Pertandingan fotografi sempena Hari Malaysia

LocalEntertainment
7 Sep 2024 • 2:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

SIPITANG: Pertandingan fotografi sempena sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Mesapol, di sini, pada 11 September dengan penyertaan dibuka bermula 7 September.

Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Mesapol, Zuhair Calvin Ng Mohd Firdaus berkata penyertaan hanya menggunakan telefon pintar.

“Pertandingan fotografi bertemakan Hari Malaysia (Jiwa Merdeka) ini dibuka kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 17 tahun dan belia berumur 18 hingga 40 tahun,” katanya.

Menurutnya, setiap gambar perlu disertakan slogan “Bersama Nadi” dan tarikh penghantaran gambar dari 7 September hingga 11 September.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Gambar haruslah diambil menggunakan telefon pintar sahaja dalam format JPEG atau HEIC, dan dihantar melalui e-mel ke [email protected].

Peserta perlu sertakan nama dan nombor kad pengenalan.

Beliau berkata, kelas fotografi wajib juga diadakan hari ini (Sabtu) dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari untuk mempelajari teknik mengambil gambar dan suntingan.

Bayaran RM5 dikenakan bagi bukan ahli Nadi.

Bagi kategori belia, johan akan membawa pulang tunai RM300, naib johan RM150 dan tempat ketiga RM100.

Bagi kategori pelajar pula, johan akan menerima tunai RM200, naib johan RM100 dan tempat ketiga RM50. Sementara tujuh hadiah sagu hati berupa tunai RM20 juga tersedia.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.