Pertandingan Ratu Cantik AI Pula Dianjurkan

TechnologyDigital
16 Apr 2024 • 1:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kecerdasan buatan (AI) sudah mengambil alih tugas penulis, penganalisa dan penghasil karya seni. Impak jangka pendek AI terhadap tamadun manusia sudah dapat dilihat tetapi sejauh manakah manusia akan digantikan? Kini Pertandingan Ratu Cantik AI pula telah dianjurkan oleh World AI Creator Awards (WAICA).

image is not available

Tujuan pertandingan ini dianjurkan ialah mencari bakat penghasil kandungan AI generatif dari seluruh dunia. Ratu cantik maya yang dijana sepenuhnya oleh AI generatif akan bertanding mewakili negara sebelum satu dipilih sebagai Ratu Cantik AI pertama dunia. Sebanyak 10 peserta akhir akan dipilihan sebelum pemenang akan diumumkan pada bulan Mei.

Hadiah pertama adalah wang tunai $5000, program mentor dan bantuan perhubungan awam untuk mempromosikan “ratu maya” selepas pertandingan. Empat orang akan menghakimi pertandingan ini dengan dua daripadanya adalah pempengaruh media sosial yang juga dijana oleh AI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved