Pertandingan Video Pendek 'Electrifying The Future' smart Malaysia Dapat Sambutan – Habuan Berjumlah RM14,000 Menanti

LocalTechnology
25 Sep 2024 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

smart Malaysia dan University of Wollongong Malaysia (UOW Malaysia) mengumumkan penyertaan sebanyak 18 kumpulan pelajar dalam pertandingan ‘Electrifying The Future’. Pertandingan yang kini telah memasuki fasa kedua dianjurkan untuk memberi inspirasi kepada generasi baharu melalui penceritaan kreatif yang bertemakan masa depan mobiliti.

Pemenang pertandingan ini yang akan diumumkan pada Oktober nanti, bakal membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM14,000.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, berkata, “Saya teruja melihat kreativiti pelajar mencorak masa depan mobiliti elektrik dan menyebarkan mesej positif tentang pemilikan EV sebagai langkah ke arah masa depan lestari.”

Menurut Naib Canselor UOW Malaysia, Profesor Dr. Hiew Pang Leang, “Penyertaan tahun ini menunjukkan pemahaman mendalam tentang jenama smart dan potensi EV. Mereka bukan sahaja meneroka ciri-ciri kereta tetapi juga manfaat gaya hidup yang ditawarkan. Visi mereka menekankan masa depan yang lebih bersih dan mampan sambil memacu perubahan positif di sekolah dan komuniti.”

image is not available

Penyertaan dinilai berdasarkan kreativiti, keaslian, kaitan dengan tema, keberkesanan penceritaan dan kualiti keseluruhan produksi.

Berikut adalah 10 pasukan yang disenarai pendek dalam pertandingan 'Electrifying the Future' bersama tajuk penyertaan media sosial mereka:

- Off Work Time oleh Group Hams

- smart #1 Dreams meet Reality oleh Mumen Rider

- Future In Your Hands oleh Nurin Izzati Binti Zaharudin

- Electrifying The Future oleh SJY Studio

- Convenience is always key! oleh Wheels and Waves

Video pendek 10 finalis kini dibuka untuk undian awam di media sosial, di mana pasukan dengan undian terbanyak akan memenangi RM1,000. Pengumuman pemenang akan dibuat di Facebook rasmi smart Malaysia.

View Original Article