
SANDAKAN: Penduduk kampung atas air disaran menceburkan diri dengan pertanian sara diri yang mampu mengurangkan kos sara hidup disamping menikmati hasil tanaman yang sihat dan segar.
Adun Elopura, Calvin Chong berkata sebagai usaha menggalakkan penduduk kampung atas air untuk memanfaatkan ruang yang ada di sekitar rumah, pihaknya telah mengadakan Program Taklimat Pertanian Pintar dan Keterjaminan Makanan.
Jelas Calvin, program ini dijalankan secara bergilir di setiap perkampungan atas air dalam kawasannya untuk mendedahkan golongan berpendapatan rendah ini dengan ilmu pertanian secara organik.
Calvin juga berkata walaupun penduduk ini tinggal di rumah atas air,aktiviti bercucuk tanam masih boleh dilakukan dengan menggunakan pasu atau botol terpakai yang diletakkan di beranda rumah.



