
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Stesen televisyen Astro dan Media Prima bakal berentap untuk ‘rating’ memandangkan dua pertandingan nyanyian anjuran mereka akan melangkah masuk ke episod kemuncak Ahad ini, 9 Februari.
Setelah 11 minggu yang menyaksikan beberapa penyingkiran, GegarVaganza akan berakhir dengan konsert final pada hari Ahad di mana lima penyanyi dan satu kumpulan akan bertarung untuk bergelar juara.
GegarVaganza Musim ke-11 bermula pada 24 November 2024 dengan 14 peserta; Liza Aziz, Ning Baizura, Nai Dinamik, Zehra Zambri, Reshmonu, Yazid Lovehunters, Arrora Salwa, Fairuz Selamat, Ronnie Hussein, Sheila Abdull dan Illa Sabry dari Malaysia serta Inka Christie, The Lima dan Dadali Dyrga dari Indonesia.
Peminat Gegar Vaganza pastinya tidak sabar untuk menyaksikan siapa di antara Liza Aziz, Ning Baizura, Sheila Abdull, Zehra Zambri, Dadali Dyrga dan The Lima yang bakal dinobatkan juara.
Di stesen TV3 pula, rancangan One In A Million (OIAM) membuat ‘comeback’ setelah musim ketiga berakhir pada tahun 2009.
Setelah 15 tahun, rancangan tersebut kembali pada 22 Disember 2024 dan turut disiarkan di slot yang sama dengan Gegar Vaganza, iaitu 9pm pada hari Ahad.
Diberi nama Calpis Soda One In A Million, rancangan ini telah berlangsung selama tujuh minggu dan konsert terakhir juga bakal berlangsung Ahad ini.
Empat peserta bakal berentap untuk gelaran juara; Zazzleen, Jimi, Kai Deva dan Mary Grace.
OIAM satukan kembali Siti Nurhaliza dan Nicholas Saputra
Apa yang menarik perhatian ialah promosi bagi final OIAM yang dikatakan bakal menjadi medan ‘reunion’ dua nama gah Malaysia dan Indonesia.
Pada tahun 2003, Datuk Seri Siti Nurhaliza berganding dengan pelakon hangat Indonesia Nicholas Saputra yang pada masa itu, sangat dikenali menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta.
Gandingan untuk video musik lagu Debaran Cinta itu turut menampilkan pengacara rancangan 3R Azah Aziz, Kartini dan Low Ngai Yuen.
Di dalam klip video tersebut, Siti Nurhaliza dan Nicholas Saputra melakonkan watak dua ‘crush’ yang terpisah.
Menerusi sebuah promo OIAM, keduanya bakal muncul Ahad ini dan peminat Siti Nurhaliza menyifatkan ini sebagai ‘reunion’ yang ditunggu setelah bertahun-tahun lamanya.
@sitinurhalizagallery Akhirnya, tahun 2025 reunion juga DS Siti Nurhaliza & Nicholas Saputra! Jgn lupa tengok final OIAM, Ahad ini, 9 Februari ye di TV3. Puluh tahun kita tunggu moment ni. 😆😆 Video : @tv3malaysia #sitinurhaliza #nicholassaputra ♬ original sound – sitinurhalizagallery
Walaubagaimanapun, penampilan Siti Nurhaliza adalah untuk persembahan eksklusif manakala Nicholas merupakan juri jemputan bersama Faizal Tahir.
Apapun, peminat mereka pastinya ‘berdebar’ menantikan kemunculan keduanya di dalam satu rancangan.
Adakan kedua stesen ini bakal berebut penonton? Tetapi, sekarang kan dah moden. Kalau dulu bolehlah nak berebut ‘rating’. Untuk penonton, kita ada pilihan untuk merakam satu episod sambil menonton episod lain. Ataupun tunggu saja ulang tayang.
