Pertembungan lapan penjuru di DUN Kuamut

LocalPolitics
15 Nov 2025 • 11:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerusi DUN Kuamut menyaksikan pertandingan lapan penjuru dalam PRN Sabah ke-17 pada 29 November ini.

KINABATANGAN - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut  menyaksikan pertandingan lapan penjuru di antara calon Warisan, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Kesejahteraan Demokratik Kebangsaan (KDM) dan Parti Impian Sabah (PIS).

Turut bertanding calon dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Perpaduan Rakyat Sabah  (PPRS) dan bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini.

Pegawai Pengurus Pilihanraya, Yuesri Ismail Yusof mengumumkan senarai calon bertanding pada jam 11 pagi, selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, Majlis Daerah Kinabatangan di sini, ditutup tepat jam 10 pagi.

Calon Warisan diwakili Norfaizah Chua @Giak King, Datuk Masiung (GRS), Mohina Ronnie Sidom (UPKO), manakala Abu Bakar Ellah mewakili KDM.

Kerusi DUN itu juga turut ditandingi Ted Kelvin Sudin (PIS), Jevronnie Mandek STAR) mencalonkan Jevronnie Mandek, John Sunkiang (PPRS) dan Duin Daud Tarang (Bebas).