Pertemuan Anwar-Xi Jadi Tumpuan Utama Hari Terakhir Lawatan PM Di Shenzhen

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 11:15 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pertemuan Anwar-Xi Jadi Tumpuan Utama Hari Terakhir Lawatan PM Di Shenzhen

SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Pertemuan dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar lbrahim dengan Presiden China Xi Jinping akan menjadi acara utama pada hari terakhir lawatan beliau di Shenzhen hari ini, sebelum berangkat pulang selepas menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33.

Dijadual berlangsung pada 11.30 pagi di Rumah Tamu Negara Qilin Villa, pertemuan itu akan menjadi platform bagi kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan Malaysia-China serta meneroka lanqkah untuk memperkukuh kerjasama dua hala

Pertemuan itu merupakan acara rasmi terakhir Anwar di Shenzhen sebelum beliau berangkat pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao'an pada 12.30 tengah hari.

Baca juga:

Pertemuan itu turut dihadiri anggota delegasi Malaysia, termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pegawai kanan Kementerian Luar Negeri dan Pejabat Perdana Menteri serta Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad.

Pertemuan dengan Xi itu akan melengkapkan rangkaian program Anwar di Shenzhen, termasuk penyertaan beliau dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC serta beberapa pertemuan dengan wakil perniagaan dan pemimpin negara bagi memperkukuh hubungan ekonomi dan diplomatik Malaysia.

Program beliau turut merangkumi pertemuan dengan wakil sektor perniagaan, pertemuan dengan Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee Ka-chiu serta penyertaan dalam Dialog Perdagangan dan Pelaburan Peringkat Tinggi Malaysia-China.

Lawatan Anwar mencerminkan komitmen berterusan Malaysia terhadap penglibatan aktif di peringkat serantau dan usahd memperkukuh kerjasama dalam menghadapi perubahan landskap ekonomi serta geopolitik global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved