Pertemuan Bersatu: Kalam dedah isu Ketua Pembangkang tak dibincang, hanya fokus PRN sabah

LocalPolitics
19 Nov 2025 • 10:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan mendedahkan tiada perbincangan berkaitan kedudukan Ketua Pembangkang ketika pertemuan Ahli Parlimen Bersatu bersama Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara, baru-baru ini.

Sebaliknya menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata perjumpaan tersebut hanya menyentuh persediaan parti tersebut dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pertemuan Bersatu

image is not available

“Tidak dibincangkan (berkenaan status Ketua Pembangkang). Langsung tidak bincang. Kita bincang bagaimana mahu menangi pilihan raya di Sabah,” katanya.

Bukan itu sahaja, beliau memaklumkan suasana pertemuan berlangsung dengan baik, dan perbincangan lebih banyak memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh parti.

Pertemuan Bersatu

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

“Semuanya okay. Bincang pasal perlu menghormati parti itu biasalah. Semua parti bila bincang mahu kukuhkan parti,” katanya lagi.

Terdahulu, tular sebuah dokumen dalaman yang dikaitkan dengan cadangan pertukaran Ketua Pembangkang, selain kenyataan beberapa pemimpin yang meluahkan kebimbangan terhadap polemik dalam parti.

Susulan itu, seramai 18 Ahli Parlimen Bersatu berkumpul di kediaman Muhyiddin bagi mengadakan mesyuarat selain menegaskan sokongan mereka terhadap Presiden Bersatu itu.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Azlim Zainury)