Pertemuan MB, Tuanku Muhriz sulit – Alzafny

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 6:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pertemuan MB, Tuanku Muhriz sulit – Alzafny

SEREMBAN – Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, yang berlangsung selama lebih dua jam.

Menurut beliau, pertemuan berkenaan merupakan perjumpaan dan perbincangan sulit, justeru pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat untuk dikongsikan kepada pihak media.

“Okey, perjumpaan itu adalah satu perjumpaan sulit dan saya di sini tidak akan memberikan apa-apa input kepada pihak media,” katanya mengulas mengenai pertemuan antara Tuanku Muhriz dan Ismail pagi tadi.

Bagaimanapun, Alzafny berkata, fokus utama pihak polis adalah memastikan keselamatan dan ketenteraman dalam negeri sentiasa terpelihara.

“Kita ini tugas dan tanggungjawab kita adalah untuk menjaga keselamatan. Sama ada arahan daripada Tuanku Muhriz ataupun daripada mana-mana pihak, kebimbangan utama kita adalah berkenaan dengan keselamatan dalam negeri,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Pertemuan MB, Tuanku Muhriz sulit – Alzafny appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved