Pertemuan tertutup PM dengan Ahli Parlimen BN hanya bincang isu semasa, dasar kerajaan: Zambry

LocalPolitics
12 Jul 2025 • 2:42 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR Pertemuan tertutup Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam tadi hanya membincangkan isu semasa dan dasar kerajaan, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir,.

Menurutnya, ia merupakan pertemuan rutin biasa dengan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini timbul pelbagai spekulasi mengenai pertemuan tertutup itu yang dikatakan membincangkan mengenai kerjasama Pakatan Harapan (PH) - BN dalam pilihan raya negeri Sabah.

Zambry bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perbincangan malam tadi.

“Ia sering diadakan dengan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dan diadakan secara berkala.

“Tiada isu khusus dibincangkan sebaliknya berkaitan dengan dasar dan isu semasa,’’ katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakian Umno Jeli, Kelantan, hari ini.

Malam tadi media melaporkan pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana pada kira-kira jam 8 malam.

Susulan pertemuan itu Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan pada Isnin depan, jam 4.30 petang.

Perjumpaan tersebut dihidu pengamal media yang mula ‘berkampung’ sejak jam 7 malam tadi bagi mengikuti perkembangan mengenai mesyuarat itu.

Mesyuarat yang berlangsung lebih sejam itu berakhir pada kira-kira jam 9.20 malam.

Bagaimanapun, cubaan pengamal media untuk mendapatkan reaksi atau maklum balas daripada Ahli Parlimen yang menghadiri mesyuarat itu tidak berhasil. - 12 Julai, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved