Pertikai Kenderaan Kurniaan Agong Kepada PM, 2 Individu Disiasat Polis

Politics
4 Mar 2024 • 4:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis membuka kertas siasatan terhadap dua individu iaitu ahli jawatankuasa penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard dan Bekas Setiausaha Politik, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip berhubung kenyataan berbaut hasutan berkaitan kenderaan mewah kurniaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Kenderaan mewah kurniaan agong

image is not available

image is not available

“Ia susulan kenyataan dibuat mereka berkaitan kendera­an baharu digunakan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan memanggil mereka berdua bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim dilihat menggunakan kenderaan baharu jenama Mercedes Benz berwarna hitam di Parlimen. Difahamkan, kenderaan bernombor pendaftaran VEV 1158 itu telah didaftarkan atas nama Sultan Ibrahim.

image is not available

Sumber: Kosmo (Azmi Nordin)