
Kota Kinabalu: Cadangan menyemak semula hukuman pesalah juvana wajar dibincang secara terperinci dan tidak dibuat berdasarkan satu kes semata-mata, kata Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) Datuk Seri Azizah Mohd Dun.
Beliau berkata kajian menyeluruh perlu melibatkan pakar serta pandangan pelbagai pihak bagi mencari mekanisme paling sesuai menangani kesalahan juvana, termasuk kes buli di sekolah, tempat kerja dan dalam keluarga.
“Semua pihak bertanggungjawab memahami punca dan mengambil langkah pencegahan awal,” katanya dalam sidang media di Wisma IDS.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau mengulas cadangan Persatuan Hal Ehwal & Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) supaya had umur juvana diturunkan daripada 18 kepada 15 tahun ke bawah.
CAPS menjelaskan langkah itu perlu berikutan peningkatan kes jenayah melibatkan golongan remaja.
Menurut Azizah, kajian terperinci perlu dijalankan dengan melibatkan pelbagai pihak untuk membincangkan dan mencari penyelesaian kepada setiap permasalahan yang berlaku.
“Kita ada pelan untuk kajian dan ini mesti dibuat dengan teratur serta dilihat secara menyeluruh supaya tindakan terbaik dapat dilaksanakan.
Dalam pada itu, Azizah menegaskan bahawa usaha menyeluruh ini melibatkan tanggungjawab banyak pihak.
“Untuk kita faham dan menilai kejadian malang seperti buli, kena ada kefahaman dari sudut ibu bapa, komuniti, trend semasa, kemungkinan atau kebarangkalian, tindakan dan paling penting adalah langkah pencegahan awal,” ujar beliau.
