Pertindihan kerusi dengan parti komponen: Bersatu berdepan digugur keahlian dalam PN

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 3:32 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Pertindihan kerusi dengan parti komponen: Bersatu berdepan digugur keahlian dalam PN

KUALA LUMPUR - Keputusan Bersatu untuk meletakkan calon menentang Perikatan Nasional (PN) di sekurang-kurangnya lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, menyebabkan parti itu berdepan penamatan keahlian dalam gabungan tersebut.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa, ia berdasarkan konvensyen gabungan berkenaan namun ia perlu diteliti dari sudut perlembagaan parti.

Perkara itu, katanya, mungkin akan dibincangkan selepas PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.

“Mengikut konvensyen, dengan demikian tergugurlah keahlian Bersatu dalam Perikatan Nasional. Namun begitu hal ini perlu diteliti dari sudut perlembagaan parti terlebih dahulu

“Namun buat masa ini, tumpuan adalah untuk menyelesaikan urusan PRN terlebih dahulu. Mungkin akan hanya dibincang selepas pilihan raya.

“Penyertaan Bersatu adalah sesuatu yang cuba memberi untung kepada DAP dan PH. Kita serah pada rakyat untuk menilainya,’’ kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Pada PRN Negeri Sembilan ini, Bersatu bertanding di 24 kerusi DUN termasuk dua daripada Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) menggunakan logo Bersatu.

Pada Jumaat, Bersatu mengumumkan calonnya bakal bertembung dengan PAS di empat kerusi manakala empat lagi adalah calon Parti Wawasan Negara (Wawasan), sekali gus menyaksikan pertembungan sesama komponen Perikatan Nasional.

Empat kerusi yang menyaksikan pertembungan antara calon Bersatu dan PAS ialah di Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang manakala empat kerusi bertembung dengan calon Wawasan di Klawang, Sikamat, Mambau dan Gemas. - 18 Julai, 2026

The post Pertindihan kerusi dengan parti komponen: Bersatu berdepan digugur keahlian dalam PN appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved