Pertubuhan haram: Lelaki didenda RM2,000

15 Aug 2023 • 4:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang penganggur dikenakan denda RM2,000 atau penjara sebulan kerana menyimpan kad keahlian berlogo dan ikrar ‘Knight Right Keepers 1970 (KRK)’ yang diisytiharkan haram oleh Pendaftar Pertubuhan.

Asan Sakilan, 66, mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles melakukan kesalahan itu pada jam 11 pagi, 5 Mac tahun ini di sebuah rumah di Kg Pasir Putih, Putatan.

Pertuduhan di bawah Seksyen 50(1) Akta Pertubuhan 1966 itu membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM3,000, jika sabit kesalahan.

Inspektor Kelvan Elson Maik, yang menjalankan pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa sepasukan polis, yang bertindak atas maklumat itu pergi ke tempat tersebut dan menahan seorang lelaki yang disyaki pengasas Kappa Rho Kappa/Knights of the Right Keeper’s (KRK) yang diwartakan sebagai pertubuhan atau kumpulan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Polis turut merampas pelbagai barangan termasuk beg, kad keahlian yang tertera logo kumpulan itu dan komputer riba.

Asan, yang tidak diwakili peguam, meminta dikenakan denda rendah, manakala pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 43 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan kerana mencuri tong gas memasak.

Hairul Adris mengaku mencuri tong gas milik Anwar Rasheed di kedai Aisyah Enterprise di Kg Pasir Putih, Putatan pada 7.35 malam 29 Mei lalu.

Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa perbuatan Hairul telah dirakam dengan kamera litar tertutup (CCTV) kedai itu dan ditahan polis pada 7 Jun lalu.

Hairul mengaku telah mencuri tong gas itu dan menyembunyikannya dalam semak di tepi jalan, tetapi dia mendapati tong gas itu sudah hilang apabila dia kembali untuk mengambilnya.

Hairul, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan dengan mengatakan dia sedang menjalani hukuman kerana mengambil dadah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article