Pertubuhan haram: Warga Filipina dijel sebulan 

25 Aug 2023 • 3:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 20 tahun dipenjara sebulan kerana memakai baju dengan logo, simbol dan lencana ‘Alpha Kappa Rho (AKRHO) yang tidak diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu kepada Jani Hassan yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya pada Khamis.

Jani telah memakai baju itu pada 11 malam 26 Jun tahun ini di hadapan sebuah restoran di Asia City, di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 50(1) Akta Pertubuhan 1966 itu membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM3,000, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Inspektor Kelvan Elson Maik memberitahu mahkamah Jani telah ditangkap semasa Ops Cantas dijalankan di kawasan itu.

Semasa temu bual awal dengan Jani, dia mengaku dia menjadi ahli AKRHO sejak lima tahun lalu.

Jani didapati memakai baju tertera lambang AKRHO yang tidak diluluskan RoS.

Mahkamah memerintahkan Jani menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas hukuman penjaranya selesai.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article