Pertubuhan Masyarakat Sivil Bantah Larangan Media Sosial Untuk Individu Bawah 16 Tahun Di Malaysia

LocalPolitics
20 Apr 2026 • 11:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) Malaysia telah menghantar surut terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim bagi membantah cadangan larangan media sosial untuk individu bawah 16 tahun dan mewajibkan penggunaan e-KYC untuk semua pengguna di Malaysia.

Lebih 80 (CSO) dan individu menggesa kerajaan menarik balik cadangan larangan media sosial bawah 16 tahun keran mereka menegaskan bahawa langkah tersebut tidak berkesan, tidak seimbang, dan mengancam hak asasi termasuk privasi dan kebebasan bersuara.

image is not available

Larangan dianggap bermasalah kerana tidak menangani punca sebenar bahaya digital dengan risiko kepada kanak-kanak berpunca daripada reka bentuk platform, model perniagaan eksploitatif, dan amalan pengambilan data bukan semata-mata kehadiran kanak-kanak di platform.

Disamping itu ia tidak selaras dengan hak kanak-kanak (UNCRC) dimana mereka mempunyai hak untuk akses maklumat, ekspresi, privasi, dan penyertaan digital. Larangan menyeluruh boleh meningkatkan jurang digital. Lebih merisaukan larangan hanya akan menyebabkan kanak-kanak mungkin berpindah ke platform tidak terkawal atau web gelap yang jauh lebih bahaya.

Justeru ini CSO mencadangkan penarik semula cadangan larangan dan menjalankan konsultasi awam. Kawalan platform yang komprehensif, selaras dengan perlembagaan dan hak asasi antarabangsa. Penyelesaian jangka panjang turut dicadangkan menerusi Penglibatan berterusan dengan komuniti dan pakar, pendidikan literasi digital dan pemikiran kritikal serta akses kepada sokongan kesihatan mental.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved