Pertukaran Topi Keledar Secara Percuma Sempena Program MADANI

LocalSales & Promo
13 Mar 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Orang ramai yang mempunyai topi keledar lama atau rosak boleh menukar kepada yang baharu secara percuma di Aras 1, Stesen KL Sentral, bermula 3.45 petang, pada hari ini.

Kementerian Pengangkutan berkata, pihaknya akan mengedarkan 500 unit topi keledar baharu sempena Majlis Peluncuran Kiosk Sentuhan Madani.

“Namun ada beberapa syarat yang ditetapkan. Antaranya, warganegara Malaysia dan perlu membawa MYKAD ketika pertukaran dilakukan, dan WAJIB membawa topi keledar lama atau rosak,” katanya di halaman rasmi Facebook.

Bagaimanapun, setiap individu hanya ditawarkan satu unit topi keledar baharu.