Pertumbuhan industri semikonduktur Malaysia perlu sokongan rangkaian global - PM

LocalBusiness & Finance
6 Nov 2025 • 2:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada Khamis. Foto Bernama--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

CYBERJAYA - Industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor negara memerlukan sokongan rangkaian antarabangsa yang kukuh, khususnya dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, bagi memastikan ia terus berkembang pesat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat amat besar. Sekitar 25 peratus daripada keperluan E&E dan semikonduktor negara itu datang dari Malaysia dengan nilai hampir RM200 bilion, melibatkan ribuan rantaian bekalan serta puluhan ribu pekerja.

"Tetapi dalam masa yang sama kita ada dasar yang disebut centrality (kepusatan) ASEAN. Maka kita berkawan dengan negara China, kerana China mempunyai potensi perkembangan yang sangat pantas,” kata beliau.

Anwar berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 yang dianjurkan bersama oleh Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) dan Kerajaan Negeri Selangor, di sini pada Khamis.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, hubungan strategik Malaysia dengan China turut penting memandangkan negara itu mempunyai potensi pertumbuhan industri dan teknologi yang sangat pesat. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved