Pertunjukan udara di Texas bertukar tragedi. Ini 5 nahas terburuk libatkan pesawat, MH17 juga tersenarai

15 Nov 2022 • 12:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BARU-BARU ini tular di laman sosial, Twitter memaparkan rakaman pelanggaran dua pesawat sewaktu melakukan pertunjukan udara di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

Sebelum tragedi meletus, dua kapal terbang berkenaan sedang terbang rendah, lalu bertembung dan terhempas ke tanah.

Lapor BBC News, kedua-duanya merupakan pesawat yang digunakan sewaktu Perang Dunia Kedua.

Nahas berkenaan telah menyebabkan enam orang maut. Pun demikian, semua pengunjung yang menonton persembahan itu selamat.

Tiada perkataan untuk menggambarkan betapa sedihnya kita melihat sesuatu yang sepatutnya menggembira dan mengujakan bertukar menjadi satu peristiwa yang dahsyat dan mendatangkan trauma yang mendalam.

image is not available
Kredit foto: Tangkap layar @GianKaizen

Menurut saksi kejadian, Chris Kratovil, suasana pertunjukan udara, automatik menjadi suram dan menakutkan.

“Keadaan yang pada mulanya mengujakan dan bertenaga, tiba-tiba sahaja bertukar menjadi suram. Saya tidak pernah melihat orang ramai senyap dan mendiamkan diri.

“Kejadian berkenaan juga telah menyebabkan orang ramai termasuk diri saya sendiri menjauhi lapangan terbang kerana terdapat serpihan yang terbakar di tengah-tengah lapangan,” katanya ketika diwawancara wartawan BBC.

image is not available
Kredit foto: Tangkap layar @breakingryan1

Pada kesempatan ini, SinarPlus menyorot kembali beberapa nahas udara terburuk yang melibatkan pesawat penerbangan komersial di seluruh dunia.

Berat untuk ditulis kembali, namun catatan sejarah barangkali boleh membuatkan kita lebih berhati-hati.

Berikut beberapa kejadian yang tidak akan luput dalam ingatan penduduk dunia selama-lamanya:

1. Pesawat Turkish Airlines 981

image is not available
Kredit foto: J Surianto

– Tragedi itu berlaku pada tahun 3 Mac 1974 apabila pesawat sedang menuju ke London Heathrow telah terhempas di Hutan Ermenonville, Paris.
– Seramai 346 orang penumpang termasuk anak kapal dilaporkan maut.

2. Penerbangan KLM 4805 dan Pan AM 1736

image is not available
Kredit foto: Soumya Ranjan

– Difahamkan berlakunya letupan di Lapangan Terbang Gran Canaria, Sepanyol. Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua pesawat dilencongkan ke Lapangan Terbang Tenerife, Sepanyol.
– Difahamkan, lantaran berlakunya salah faham, kedua-dua pesawat berlepas serentak dan telah berlanggar antara satu sama lain.
– Kejadian berkenaan menyebabkan seramai 583 orang maut dan hanya 61 orang dari belakang pesawat Pan Am terselamat.

3. Japan Airlines 123

image is not available
Kredit foto: Nguyen Hung

– Pesawat dalam perjalanan menuju ke Osaka telah menjunam ke kawasan pergunungan berhampiran Gunung Takamagahara, Japan.
– Nahas tragis itu telah mengorbankan seramai 520 penumpang dan hanya empat orang yang dilaporkan terselamat.

4. Kazakhstan Airlines 1907 and Saudia 763

image is not available
Kredit foto: Pixabay

– Nahas udara berlaku pada tahun 1996. Ia melibatkan dua penerbangan iaitu Kazakhstan Airlines dan Saudia.
– Perlanggaran berlaku apabila Kazakhstan Airlines difahamkan telah merempuh sebahagian sayap pesawat Saudia dan menyebabkan kedua-duanya berpusing.
– Rentetan itu, seramai 312 orang maut dalam penerbangan Saudia, manakala 37 orang maut dalam penerbangan Kazakhstan Airlines.

5. Malaysia Airlines MH17

image is not available
Kredit foto: J Surianto

– Nahas udara berlaku pada 17 Julai 2014 apabila pesawat komersial yang baharu sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam ke Malaysia telah ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine, wilayah yang dikawal pemberontak pro-Rusia.
– Tragedi malang itu telah menyebabkan 298 penumpang termasuk anak kapal terbunuh.

Semua orang tahu, kebarangkalian untuk penumpang dan anak kapal terselamat daripada kejadian seperti memang sangat tipis.

Terlalu subjektif untuk dinilai terhadap setiap tragedi yang berlaku. Ada yang berkait rapat dengan masalah teknikal, tidak kurang juga melibatkan masalah kecuaian manusia.

Namun, apa yang penting, kita mengharapkan nasib MH17 akan terus mendapat pembelaan.

Sumber AEROCORNER & SINAR HARIAN

Kredit foto utama: Tangkap layar @GianKaizen

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi