Peru isytihar darurat di hampir 900 daerah susulan risiko El Nino

WorldEnvironment
2 Sep 2026 • 11:06 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Peru isytihar darurat di hampir 900 daerah susulan risiko El Nino

Kerajaan Peru pada Selasa mengisytiharkan darurat selama 60 hari di 893 daerah merangkumi 23 wilayah susulan risiko  akibat hujan lebat yang dikaitkan dengan fenomena El Nino

LIMA: Kerajaan Peru pada Selasa mengisytiharkan darurat selama 60 hari di 893 daerah merangkumi 23 wilayah susulan risiko  akibat hujan lebat yang dikaitkan dengan fenomena El Nino 2026-2027, lapor Xinhua.

Langkah itu diwartakan menerusi dekri tertinggi yang disiarkan dalam warta rasmi El Peruano bagi mencegah dan mengurangkan risiko akibat hujan lebat dalam beberapa bulan akan datang.

Kerajaan wilayah akan melaksanakan pelan intervensi di bawah penyelarasan teknikal dan pemantauan Institut Pertahanan Awam Kebangsaan, dengan sokongan kementerian berkaitan serta institusi awam dan swasta.

Dekri itu menyatakan bahawa langkah berkenaan mesti berkait secara langsung dengan ancaman iklim dan boleh diselaraskan sepanjang pelaksanaannya berdasarkan keperluan keselamatan serta laporan teknikal.

Kerajaan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan laporan yang memberi amaran bahawa keupayaan tindak balas kerajaan wilayah telah terjejas, sekali gus memerlukan bantuan operasi dan teknikal di peringkat nasional.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved